#SIKUNING
Sejak pertengahan tahun 2018, kami memasarkan satu produk makanan yang berasaskan isi ayam menggunakan platform percuma iaitu FACEBOOK dan INSTAGRAM. Sambutan hangat selepas 3 bulan istiqamah membuat jualan setiap hari secara delivery. Negeri yang kami pilih untuk memulakan projek ini adalah MELAKA.
Alhamdulillah, rekod sepanjang setengah tahun 2018 sangat membanggakan. Kami hanya ada kumpulan yang kecil,(3 orang) sahaja pada awalnya, rekod perubahan dari minggu ke bulan sungguh luarbiasa. Sepanjang membuat khidmat penghantaran, beberapa daerah dapat kami sampaikan produk ini terus kepada pengguna. Pengilang terus kepada Pengguna.
Jom saya kenalkan #sikuning kepada anda
NAMA PRODUK : #SIKUNING atau Chicken Roll's Cheese Stuffed
TARIKH LAHIR : JUN 2018
TEMPAT LAHIR : SEMABOK MELAKA, BANDARAYA BERSEJARAH
Video di atas adalah produk kami, #sikuning. Dihasilkan dari isi ayam 100%, yang di tambah cheese cheddar. Digulung bersama dan di salut dengan tepung dan breadcrumb. Teknik masakan yang sesuai setakat ini adalah digoreng.
Maka, jadilah chicken roll's cheese stuffed yang kami beri nama #sikuning. Bersamaan rupa bila ayam ini sesudah digoreng, kuning keemasan.
Ramai yang keliru dan cuba meneka #sikuning ini seperti pisang goreng, risoles, nugget dan macam macam lagi.
Hakikatnya #sikuning ialah 100% isi ayam tanpa campura tepung atau pengawet. Lebih berkhasiat dari nugget atau sosej dan ia bukan makanan segera (fast food). Sila terima kenyataan ini.
Anda gigit ayam, meleleh keluar cheese!
Anda gigit isi ayam yang sebenar dan asli!
#sikuning yang dipack dalam box sebelum dibekukan.
Ini adalah packaging lama yang kini di perbaharui dan diperkemaskan lagi.
1 BOX : 8pcs +-700g isi ayam
----------------------------------------------------------------
REKOD #SIKUNING
-------------------------------------------
Inilah rupa #sikuning bila sudah di goreng.
1 box ( 8pcs ) adalah untuk hidangan 8-9 orang dewasa.
Sesuai untuk semua peringkat umur.
Tidak pedas dan ramai ibu-ibu yang ada anak kecil (1 -6 tahun) memilih #sikuning berbanding nugget atau sosej.













Comments
Post a Comment